Twitter

Thursday, 10 November 2011

Peraturan Dewan iGames Prague 2011

Di sini disertakan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi semasa bermain di dewan IGames
sila click read more

1.Makanan

a) Tidak dibenarkan membawa makanan dari luar ke dalam kawasan dewan-gelanggang

b )Makanan akan disediakan oleh pihak penganjur IGames :
Sabtu : Sarapan pagi dan makan malam
Untuk tengah hari, ada jualan makanan nasi ayam & nasi lemak kepak ayam =)
Ahad : Sarapan pagi dan makan tengah hari

c) Kawasan makan yang dibenarkan adalah ruang bermeja di luar dewan-gelanggang. Kawasan makan adalah terhad, oleh itu, pihak penganjur berharap agar semua ahli kontinjen dapat makan secara bergilir-gilir

d) Jaga kebersihan. Sila buang sampah ke dalam plastic yang disediakan

2. Minuman

a)Hanya minuman dalam botol yang dibeli dari kaunter dewan Igames boleh dibawa masuk ke dalam dewan gelanggang.

b)Minuman dalam cawan atau gelas tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan-gelanggang

c)Sila berhati-hati agar air yang dibawa tidak tumpah di dalam kawasan dewan-gelanggang. (jaga kebersihan)

d)Sesiapa yang menumpahkan air akan dikenakan denda mandatori 50 kc (sila rujuk ibnu al khalifah)

3. Peraturan di dalam dewan-gelanggang

- Anda dikehendaki untuk membawa kasut indoor yang bersih untuk kegunaan dalam dewan-gelanggang.  Sekiranya anda tidak membawanya, anda tidak akan dibenarkan masuk ke dalam kawasan tersebut. 

Bukanlah niat pihak penganjur untuk menyusahkan hli-ahli kontinjen sekalian, tetapi hal ini telah pun ditekankan oleh pihak pengurusan dewan untuk mengekalkan kondisi dewan yang baru dan bersih.
Pihak penganjur ingin memohon ribuan maaf kepada semua pihak khususnya kontinjen dari HK & Olomouc atas kesulitan ini.
·Pakaian sopan
·Penonton dibenarkan duduk di kawasan karpet kelabu berdekatan dengan gelanggang, semasa permainan   sedang berlangsung
·Diharap para pemain boleh mengelakkan diri daripada menendang/membaling/memukul bola ke arah dinding dewan-gelanggang atau apa-apa perbuatan yang boleh merosakkan kondisi . Hal ini juga telah ditekankan oleh pihak pengurusan dewan. Pihak penganjur sekali lagi ingin memohon jutaan maaf atas kesulitan ini.

4. Tingkah laku dan tatasusila

·Suka pihak penganjur untuk mengingatkan semua ahli kontinjen agar menjaga tatasusila dan tutur kata sepanjang berlangsungnya IGames ini. Sebarang perselisihan faham harap dielakkan. Walaubagaimanapun, jika ianya terjadi, kami berharap agar anda dapat menyelesaikannya dengan penuh berhemah dan toleransi. Sebarang masalah boleh dirujuk kepada AJK IGames

No comments:

Post a Comment